Jumaat, 29 April 2016

CATATAN KHULASAH BERSAMA-SAMA PELATUH PREKTIKUM

Alhamdulillah. Secara rasminya aku dah menyelesaikan tugas sebagai guru pembimbing kepada Saufi dan Apai. Mereka berdua selama 12 minggu aku yakin dapat pelbagai input di samping member output kepada aku. Penyeliaan aku ke atas mereka aku kira lebih kepada perkongsian idea. Selalu aku tekankan kepada mereka begitu. Tujuannya supaya mereka tak kekok untuk bertanya apa sahaja dengan aku di samping turut member pendapat mereka atas apa juga isu berkaitan PdP.

Perasaanku sekarang ni, aku rasa lega. Rasa seperti seekor burung terbang bebas. Beberapa minggu sebelum ni aku rasa tak sabar bilamana memikirkan tempoh prektikum mereka ni bakal berakhir. Jenuh dah aku menyantuni mereka yang kadang2 buat aku geram dan tension.  Tapi dua tiga hari ni termasuklah semalamhati ni rasa sangat berat hati. Terasa bakal menghadapi kehilangan. Sedangkan sebelum ni aku memang sangat2 mahu semua ni berakhir segera.

Daripada rasa berat hati ku itu, aku cuba memujuk diri. Semangnya tiada perkara di dunia ini kekal abadi. Setiap pertemuan dah tentu ada perpisahan. Jadi, pemergian mereka ni bukan sesuatu yang asing. Ramai lagi cikgu2 sekolah aku tu yang pindah sana sini, kesannya memang terasa tapi sementara cuma. Oh, mungkin mereka berdua ni ada hubungan mentor-mentee dengan mereka, tu yang aku rasa sukar kot. Tak apalah, lumrah lah tu.

Mengenai Saufi, dia seorang yang pendiam tapi bila berbual boleh jadi rancak. Jarang mengajukan masalah atau pendapat dengan aku. Selalu dia cerita sikapnya itu terbentuk daripada kehidupannya di zaman kanak-kanak yang terpaksa mengurus adik-adiknya bersekolah selaku anak sulung. Jadi, apa jua cabaran dia tak kekok untuk hadapi. Sebab tu dia jenis tak mudah nak mengadu atau merujuk apa2 kepada aku. Dia lebih banyak berdikari dan berusaha sendiri. Padanya, salah betul bukan utama dalam pada dia merancang PdP dia. Dia cuba buat dulu, lepas dia apply dalam kelas, aku tegur n komen untuk penambahbaikan baru dia akan perbaiki seperti yang aku cadangkan.  Apa saja aku tegur n komen dia tak pernah membantah. Adab dia sebagai murid kepada aku sangat tinggi. Sampaikan aku rasa hormat juga pada dia. Ramai cikgu2 kata dia ni wara’. Ya, memang dia wara’. Aku pun rasa segan. Mana x nya, dia ni ada belajar ilmu ghyaibiyat di Darul Syifa, yang aku pula selama 10 tahun ulang alik Bangi tak ada rasa pun nak belajar benda yang sama tatkala kawan2 sedegree aku dulu mendalaminya. Pernah sekali aku mesej dia sesuatu yang urgent, tapi dia x balas2, Aku memang tak suka call malam2. So, siangnya aku tanya kenapa x reply, dia jawab dia masa tu tengah pagar rumah. Oh, memang masa tu aku rasa terpana juga lah. Memang dia bukan pelatih yang biasa2. Dalam tugas2 luar, dia ni kira lebih kurang aku la, komited n kreatif…hehe…angkat bakul sungguh aku. Dia ada share dengan aku, die lebih suka tugas2 berkaitan art n design. Dalam pada tu dalam sukan, kelihatannya dia serba boleh. Asalnya dia olahraga, tapi kak Naf minta dia amik bola sepak, dia akur giler. Tapi time aku wat kem catur, dia pula ada menyebok siap main. Oh…hebat. Hubungan aku dengan dia, nak kata close sangat, tak lah. Jumpa jika perlu. Dia ni aku rasa kalu atas sbb hormat kat aku dia jarang jumpa, boleh jadi dia malas nak layan aku kot. Ah, mmg dari awal dia cakap kan hari tu yang dia ni bukan jenis ngada-ngada nak mengadu apa-apa. Tapi bila aku panggil dia datang je. Antara moment yang aku ingat n sukar dilupa wat masa ni dapat aku rumuskan seperti berikut:

1.       Dia apply apa jua cadangan aku, contohnya, penguasaan papan tulis dan juga aktiviti kuiz imla’.
2.     Dia jarang merespon apa jua mesej yang ku hantar. Lagi sakit jiwa pada awal2 dulu, panjang berjela aku post, dia jawab dgn symbol jari ok saja. Kalu aku bertuah skit, dia jawab la dgn tulisa; ok, terima kasih ustaz, baiklah dll yang sebenarnya pendek2 juga. Tapi lama2 aku dah tak kisah.

Tetang Apai pula… dia seorang yang very extrovert. Sangat mahukan perhatian. Suka bertanya macam2 sampai tak terlayan aku. Dia ni bukanlah pelatih yang bermasalah. Sahsiah n akhlaknya bagus. Peramah yang amat, cuma Kak Tun n GB jenuh juga nak melayan bila dia ni asik mintak excuse untuk hadiri pelbagai program maktab. Bizi beno dia ni mengalahkan aku. Dalam pada itu aku kagum juga dengan dia sebab dia ni pelatuh serba boleh. Dalam pada karektornya tu yang gila2, dia boleh pula conduct solat sunat n bacaan yasin setiap jumaat. Dalam bab sukan, memang dia aktif gile. Setahu aku yang dia cerita dia ni aktif dengan olahraga, tapi untuk 2 hari terakhir ni dia p tournament untuk bola baling pula… ishk, macam budak2 seroja ni la.. dia la olahraga dialah bola sepak, catur pon dia yg balik2nya org yang sama. Hubungan aku dengan dia pada minggu2 awal agak rapat. Mana tak, hari2 even malam pun dia dok berwasap dengan aku tanya macam2. Aku ok je, layan. Tak pernah aku do ignore kan dia. Kat sekolah pun dia mmg rajin bertanya. Yang buat aku tension skit tu, apa jua aku respon, dia menjawab. Apa saja aku komen, dia argue. Bahkan markah penilaian yang aku bagi pon dia dok tanya kenapa dapat markah itu. Ishk, jenuh aku nak melayan. Tapi sampai satu saat, hubungan kami berantakan. Maksud aku, kami dah tak berapa close, dia pun dah jarang bertanya apa2. Dia tak lagi tunjuk kemesraan dengan aku. Aku pelek juga. Ada aku bertanya2 apa berlaku tapi dia juz kata tak ada apa2. Memang sampai ke hari ni aku tercari2 di mana salah silap kataku. Serasa aku, kalu bab2 komen PdP dia, dia x wajar nak merajuk dengan aku. Aku berinteraksi dengan dia dan Saufi pon lebih pada waktu PdP dan penyeliaan. Kelmarin pun, puas juga aku tunggu dia datang ucap selamat tinggal, tapi tak. Daripada gayanya memang dia tidak bercadang nak jumpa aku sebelum dia balik. Aku je terhegeh2 cari dia bagitahu pasal RPHnya yang aku n Kak Naf pinjam. Sabo je lah. Rasanya, moment aku dengan dia banyak juga;

1.       Die mmg kerap mesej aku. Malah pernah beberapa kali dia mesej sesuatu yang mencabar kewibawaan aku. Gaya bahasanya bagai memujuk, merayu, meminta, memohon sampai aku yang lemas. Ada dia kata aku strict gila siap cakap, ‘Kami tahu lah ustaz ni cemerlang, tapi jangan lah buat kami cara macam ustaz ditrain..’ Aduh, masa tu aku rasa terpana sungguh2.
2.       Dia seorang yang berinovasi. Sering dia rujuk aku tentang inovasinya. Aku sendiri kagum dengan usahanya sampai dia dapat tempat kedua dalam anugerah inovasi maktabnya.
3.       Dia keras kepala, malah ego tinggi gila. Sikapnya yang selalu dok argue aku tu aku tak rasa die ego sangat, mungkin dia seorang yang bersemangat n eager to learn more about anything. Tapi masa pensyarah pembimbingnya bertanya, apa perasaannya menjalani latihan di seroja, dia boleh pula jawab ‘biasa2 je’…  hampeh sungguh!!! Last2, padan muka kena basuh dengan ustazah dia tu. Tapi jawapan dia sangat menjengkelkan hati ku.

Apapun pun karektor mereka, sebenarnya kehadiran mereka berdua benar2 telah mewarnai kanvas kehidupanku. Sekali pun pada awalnya aku dok argue Kak Tun kenapa aku yang kena jadi guru pembimbing lebih2 lagi jadual aku x banyak di Tahun 4, akhirnya aku rasa ada hikmahnya. Daripada mereka ini aku dapat menyegarkan kembali kaedah PdP yang macam2 telah aku tak prektikkan, selain daripada kepelbagaian BBM yang mereka wujudkan telah memberi pelbagai idea jua buatku. Tapi selama bimbing mereka, aku sendiri tidak kekeringan idea. Mungkin betul kata Ustazah Rosidah, mereka patut beruntung dapat GP macam aku…hihihi…

Tapi satu ketika, mereka bertanya, apa kaedah PdP yang berkesan ya? Mereka tak mahu teori sebab mereka dah belajar macam2 teori di maktab. Dengan selambanya, mereka mahu aku tunjukkan bagaimana kaedahnya. Last2 aku pun panggil mereka datang masuk kelas yang aku mengajar, mereka dok belakang sambil snap2 gambar. Aku rasa, ini kot pertama guru pembimbing diobserve oleh guru pelatihnya…haha…

Tatkala aku buat catatan ini, aku masih dalam usaha memujuk diri. Aku berharap selepas catatan ini berakhir, tiada lagi igauan aku terhadap mereka. Aku perlu bersemangat semula masuk ke kelas mengajar seperti sedia kala. Tapi bimbang pula budak2 dok compare kaedah pengajaran aku dengan kedua2 mereka terutamanya dalam aspek BBM dan aktiviti berkumpulan. Ishk, bukan aku tak boleh buat, tapi biasalah, mengejar slibus itu lah yang lebih utama…huhu…dah exam oriented sekali pun dah KSSR. Nasiblah.

Kami ada grup wasap mentor-mentee. Aku rasa macam nak bubarkan je, tapi sayang. Oleh tu aku dah wat back-up. Aku nak tengok siapa orang pertama nk undur diri. Cuma aku nekad, hari selasa depan, aku akan bubarkan grup. Biarlah aku sorang2 dalam grup tu. Aku tak nak delete sbb banyak gambar2 yang ada dalam tu aku nak simpan buat kenangan. Tapi sebenarnya, aku rasa bila aku sendiri yang left grup, hati aku akan lebih tenang..hehe..entahlah.

Ya Allah, aku harapkan kesejahteraan dan kejayaan Saufi dan Apai (Fazizul) di dunia dan di akhirat. Harap juga segala bimbingan ku ada manfaat buat mereka. Aku bukanlah hebat sangat, tapi aku telah usaha sedaya upayaku. Tahap keprihatinan aku terhadap mereka sudah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan Kak Nafsiah. Mungkin diorang yang rimas? Terpulang. Aku hanya mahukan elaun yang aku dapat tu berkat. Segala ilmu2 yang ku beri ku halalkan, makan minum juga tentunya. Dosa dalah silap? Allahu rabbi, insya Allah aku redhakan. Mudah2an hati aku kembali tenang dan relax seperti tidak pernah berlaku apa2 yang menyakitkan jiwa selama 12 minggu bersama2 mereka. Terima kasih Ya Allah atas pengalaman yang ku perolehi ini. Semoga ia menjadi pengajaran buat ku juga.


Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan