Selasa, 29 Mac 2011

NASYID MTQ WAKILI SKTS


Seharian aku d skola. Dari pagi jugak la aku lepak kat bilik spbt. Penat. Lagi2 bila memikirkan esok. Kumpulan nasyid yg dilatih selama 2 mggu ni masih x dapat memuaskan hati aku. Tensen aku dibuatnya. Seluruh raga aku curahkan demi nasyid ni. Dri memilih ahli2nya sampai ke uruskan mereka esok, aku tetap bsemangat.
Sebagai org yg diharapkan leh conduct nasyid aku rasa itu bukan la tugas yg mudah. Bukan kerana aku jahil tentang nasyid. Malah aku zaman skola dulu memang da biasa dengan nasyid. Siap penah jd solo sedari form 1. Tp itu bukan teket untuk aku kata aku pro sangat la. Aku biasa2. Kalu aku terer confirm skrg aku da wat single sndiri..hehe.. apapun aku x kisah untuk uruskan, tp aku perlukan bantuan kawan2 lain. Sebab untuk menguruskannya bukan saja bkaitan dengan irama dan lagu, tetapi berkaitan logistic dan sumber manusia mereka termasuk hal ehwal social. Nk urus mesen mmg mudah, nk urus mudah..uishk..bukan snang woo..
By the way, untuk tubuhkan sebuah kumpulan ar-raihan ni bukan mudah. Dengan kerjasama kak su n kak kamar dapat la kami pilih budak2. Bab tu mmg da selesai. Kemudian dr ramai2 yg terpilih lak kami saring hingga jadi 10 org je. Yg lain2 mintak maaf la…hehe.. tp stelah 2 mggu dalam latihan baru la Nampak kekurangan kelebihan dripada mereka. Terasa macam salah pilih org pulak. Tp x pe..kami pk mereka masih leh di polish kan..xpe..bg pluang.
Pastu pasal lagu lak. Aku punye la penat perah otak semata2 nk dapatkan sebuah lagu yg best. Susunan lirik aku rasa da kira bagus. Pastu dengan poyonye aku rakamkan suara aku untuk jadi panduan bebudak. Xkan stiap kali latih stiap akli tu aku nk nyanyi kan..so snang citer aku rakam la..so kalu nk ulang pon boleh slalu.
Pastu bab melatih. Mmg aku rasakan 2 mggu tu bukan lama. Skejap sampai xde masa rasanye. Lagi2 bila kak su kata untuk latihan sekurang2nya sebulan. Ishk..kalu nk cam tu baik aku bukak syarikat rakaman. Tentu2nye sluruh jiwa raga yg aku curahkan berbaloi..da la glamer..kaye lak..huhu..
Bercerita pasal melatih..uishk..bukan main penat lagi pagi ptg aku dgn budak2 tu. Tapi x pe..kerna nk menang aku x kisah even terpaksa skip masuk kelas. Atau kalu masuk pon takat bg latihan n kuar balik. Tuhan, maafkan aku.
Latih punye latih punye latih, sampai diorg pon letih sama. Esok da nk tanding aku harap ok la sume..xde letih2 lagi. Yg letehnya solo asik bertukar je..semuanya berlegar2 antara kasyful, hadi, faizal n syafiq. Lepas sorang..sorang lagi test. Semunya x berapa smooth. X semua ada pakej lengkap pada suara. Mesti ade je slacknye pada setiap sorg. Tu yg kami ni confuz. Sampaikan saat2 akhir td pon tukar solo n ubahsuai solo..fuh.
Lepas masalah solo, masalah percussionist lak. Rasanya da mantap kot mereka tu tp mereka pon mengalami sedikit prubahan. Pertukaran pemain. Tp tu masalah kecik je. Juz masalah besarnya adalah cara mereka yg pro tu mmbuatkan rentak yg sdap jd ribut dan memeningkan kpala aku. Ermm…entah la. Tp sejujurnya aku puji la dalam hati akan kemahiran mereka tu. N perubahan jugak berlaku pd alat bilamana kak kamar kol ustaz bilal mintak izin guna alat mereka.
Pastu back up lak. Diorg ni mcm x bermaya je masa nyanyi. N x terkecuali, beberapa perubahan org tetap berlaku n kedudukan mereka juga turut diubah skit. Slain tu bab gaya psembahan diorg. Asik je la kantoi lupa. Apa yg diingatnya masa nyanyi x tau la. Tensen tol. Kemudiannya dari sudut suara diorg ramai2 ni. Ade part lirik n melodi tu kene ade suara sahut sambung dan lain2 untuk Nampak cantik n harmony pada lagi, perghh..lupa jugak diorg kdg2. Entah la..
Apapun secara keseluruhan aku tengok dari hari ke hari ade la perubahannya..even skit pon leh la sejukkan hati aku ni yg mmg panas je rasanya spanjang latih. Harapan nk memang? Oh, aku x rasa leh dapat johan..tp kalu dapat no 3 mgkin boleh…kot.
Namun aku ni jenis realistic..daripada latihan2 yg telah dibuat, kemungkinan kita ni kalah adalah dr beberapa aspek n sebab:
-          Solo yg kekantoian terutamanya kasyful.
-          Back up yg x elert dgn situasi lagu..lambat masuk dll.
-          Kantoi gaya..asik2 lupa.
-          Tiada kesinambungan anatara back up n solo.
-          Lagu pertama x menepati syarat untuk lebih kea rah padang pasir. Even kak suhaily kata sedap n kak fiza puji lagu tu mantap, jauh di hati aku rasa lagu tu biasa2 je..kurang elemen qasidah n padang pasir.
-          Lagu kedua, lirik ok melodi sedap. Yg kantoinya pada solo. Mmg kak su kata lagu tu tinggi n kak komar kata lagu tu strakatu, tp aku cuba jugak implement kat budak. Last2 aku pon fade up aku nk tukar lagu lak, diorg x nak la pulak. Berkeras plak tu. Last2 aku kata ok dengan syarat diorg mesti ikut cakap aku untuk pastikan mereka leh bawa lagu tu dgn baik..namun, sampai ke td masih ade yg x best aku dengar.
Kesimpulannya ..walau apapun kelemahan masa latihan slama ini, aku harap mreka leh wat yg terbaik esok pagi dgn giliran nombor 3. Xpe la. Aku doa2 jugak biarla menang.
N secara peribadi aku nk berjanji..kalu dapat JOHAN esok, aku akan belanja diorg makan, mgkin kfc, mgkin pizza. Kalu dapat no 2 atau 3, pon masih blanja makan, tp x sure lag ink blanja apa. Bair la..ini satu kepuasa untuk mereka n diri aku jugak.
Pliz la Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..juga kepada peserta2 acara lain yg wakili skts. Pliz la..moga2 juga piala pusiangan MTQ tu akan kembali kepada kami untuk tahun kedua berturut2.
Insya Allah…amiiiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan