Letih yang amat sangat. Penat. Ikutkan
sepatutnya aku harus lebeh penat gara2 aku ada 2 tempat lain dalam hari ni yang
harus dijejak. Pertama ke hospital, ada appointment dengan dr. kedua aku ke ukm
juga ada pertemuan dgn dr. yakni supervisor aku. yang medical check up tu
asalnya 20hb, aku tukar ke 18 gara2 tau masa tu mtq hari rabu ni. Tup2 mggu
lepas kata mtq anjak awal sehari. Adoi.. tp aku x kisah. Sekarang aku jadi
kisah bilamana aku rasa aku harus berada bersama budak2 nasyid gara2 banyak
bende yg harus digilap lagi setelah latihan2 dijalankan selama 3 mggu ni. Kemudian pertemuan dgn DrNO aku plak tu aku
yg mintak smalam. Konon2 nk cepat setel bende ni. Tp malam tadi x leh nk print
pulak. Adui..last2 kansel. Mujur dr. x marah. Xpe la, mgkin hikmahnya aku dapat
bsama budak2. Kalu x mmg aku da babai diorg la. Sbb hal tesis ni jd keutamaan
aku skarang berbanding yg lain selain pnp. Lagipun hari ni aku ada miting untuk
hem untuk pemantaua skola sebagai calon sekolah berprestasi tinggi. Banyak
bende aku nk bincang n tanya n dapat daripada pentadbir.
Erm, setelah samapai ke hari ni, aku rasa aku
leh konfiden mereka dapat wat yg terbaik hingga memiat juri dgn persembahan
mereka. sejak pagi td, diorg da rehearsal d dataran perhimpunan, habis satu
taman seroja dengar gara2 corongnya
dihalakan dari atas tingkat 3 n 4 ke arah luar pagar. Nasibla. Sepanjang show
mereka di perhimpunan tu ramai la maat2 memerhati. Bagi yg mmg train bduak2 ni
mmg rasa sakit jiwa je. Banyak slack. Kantoi betul. Tp di sebalik tu ramai gak
guru2 memuju. Yg sempat aku dengar komen yg mmbina n pujian ialah kak razea,
kak fazilah, kak anuratha, kak elya n kak norhabshah. Antara lain gb sendiri
puji ok but pada suara solo tu la. Sampaikan gb psan banyak2kan minum air suam
n air asam jawa. Last2 tadi dari pagi sampai ke petang kami suruh bebudak tu
minum air asam jawa sepanjanh sesi latihan. Nway, ada gak lagi beberapa org
lain tp mgkin x sampai kepada aku. rata2 memuji lagu melodi lirik lagu tu best.
Malah paduan suara budak2 yg harmoni tu jugak sedap didengar kata mereka.
malangnya suara solo ada slack skit gara berlatih pagi petang nasyid untuk
skola pagi n skola ptg, da tu jadi solo plak tu. Allah.
Tp lepas rehat diorg latih lagi, siapa mic
sorang satu. Dalam hal ni terima kasih pada kak su yg menggalakkan kami guna
bilik muziknya, dan terima kasih pada firdaus yang Nampak sporting memasangkan
p.a sistem. Masa ni Nampak la kekuatan suara masing2 bila berpadu dalam satu
corong speaker. Dan lepas tu kami di dewan plak. Nampak ok. Dan aku rasa bab
suara diorg, xde masalah. Tp ada satu masalah lain yg amat membimbangkan kami.
Masalah masa. Dari awal latihan aku kira durasi dr start sampai habis 17 minit.
Allah, lamanya. Masa tu nk bajet sampai 15 minit je. Last2 minggu lepas baca
peraturan baru, skarng 12 minit. Ishk, camana leh aku x perasan lak. Selama ni
aku fikir 15 minit je x de perubahan. Last2 ada. So beberapa perubahan kecil
aku buat la lagi termasuk la lagu intro, intro muzik dan gbahan lagu. Lagi x
best bila mana lagu outro terpaksa kami buang gara2 sungguh x dapat masa 12
minit. Dapat 14.
Dan akhirnya ptg tadi latih 2x persembahan.
Masih terlebih, dalam 13 minit lebeh. Tp x lebeh daripada 14 la. Erm..skit je
kurang. Tang mana lg slack x tau la. Last2 aku give up la. Biarlah stakat yg tu
ja. Td pon da tanya shahril sbg juri bg nasyid sek men, dia kata kalau terlebih
x dikira, kalau telebih plak markah akan dipotong td begantung pada berapa
minit lebeh. Ya Allah. Yg masa telebih tu dipejam2kan mata la lalu diberi ruang
untuk mendapat kemenangan.
Overall… dari penilaian aku, gaya diorg x
berapa smooth tp x ketara la slacknya. Paduan suara n harmoni, agak ok la, tp
kadang2 x menjadi. Juz aku bimbang suara haziq je kantoi..Allahu Akbar. Dan
dari penilaian aku berdasarkan pemrakahan yg diberi, leh la dapat A dgn 88%.
Entah la. Mungkin ada kebiasan. Takpa, biarlah esok jadi penentuan.
Di kesempatan ini, aku berharap2 sangat agar
ar-raihan ni menjuarai nasyid di peringkat daerah ni. Nak juga kami merasa
berlatih kat jijan dgn dibantu bombing oleh pakar2 nasyid dari sekolah lain
under ppd sepang. Aku tau para hakim yang arif lagi bijaksana ttntunya
bijaksana. Aku mintak ni bukan untuk aku secara material, tp untuk kepuasan
diri aku. juga untuk kepuasan diri kawan2 aku yg sama2 train budak2 ni. Dan
juga agar mereka rasa puas hati dgn komitmen yang telah diberikan. Nk sebut
komitmen kami cikgu2nya, tak perlu nk cakap sume org paham. Tp budak2 ni
kesian, mungkin ada parents mereka yg mula besuara bila asik nyanyi sampai lupa
nk belajar. Entah la. Kalau lah esok sk taman seroja menang nasyid sebagai
juara daerah, aku personally akan…
keluarkan duit sendiri bagi sumtg. Aku hold
dulu coz takut apa yg aku nk bagi sama mcm org len. Stakat ni kak fiza mewakili
panatia janji nk belanja domino pizza.
-
Untuk ke negeri, pesembahan yg ada ni aku nk
polish lagi. Aku nk gubah skit2 supaya lebih ok x telebih2 masa, itu pon jika
ada cadanganlah.
-
Aku janji aku akan berpakat dgn ustaz bilal
agar sama2 bertoleransi untuk menetapkan masa latihan untuk mereka. mmg aku ada
terpkir, kalu la dapat masuk negeri, memenag naya la budak2. Tp aku optimis
agar kami semua dapat berlatih sevara harmoni..hihi..ape punya bahasa la aku
ni.
-
Kalau la mtq ni dapat dijuarai secara
keseluruhan oleh SK Taman Seroja, aku akan bg sumtg juga pada mereka yang
mendapat juara. Bg acara2 selain nasyid.
Dan secara xlangsung, aku target keputusan bagi
acara2 ini:
-
Tilawah lelaki – amaluddin = juara. Aku dengar
die ni berlatih dgn daus, sedap.
-
Tilawah perempuan – hannan = juara. Tgok
struggle latih sama kak komar, ada harapan tu.
-
Hafazan lelaki – hafizuddin = ketiga. Nampak
cam kantoi2 skit. Tp die kata die ok. So, ok la.
-
Hafazan perempuan - ???? = ketiga. X kenal, mana nak tau. Masih menaruh harapan.
-
Bercerita lelaki – amran = ketiga. Gaya dia ok.
Tp sampai td kantoi mengahfaz.
-
Bercerita perempuan – fatin = kedua. Ok la bak
kata kak ida.
Apapun, aku tetap mengharapkan nasyid dapat
johan. Ya, mungkin harapan ku menggunung sgt, tp aku ada alasan bersikap
optimis sebegini. Berilah peluang ini kepada kami Ya Allah… Pada-Mu lah kami
mengharap sgt2 ni. Usaha telah kami lakukan. Doa telah kami panjatkan. Hanya
tawakal sahaja jadi kekuatan untuk mengharapkan harapan kami dijadikan
kenyataan. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan