September hadir meninggalkan Ogos. Selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia even x membaca catatan ini. Bermula September hari ini menjadi tanda macam2 tugas kat sekolah kene diurus. salah satunya yang di bawah seliaan aku, kantin. Tatkala mendapat makluman yang kantin sekolah dipilih wakili Sepang untuk pertandingan kebersihan dan keceriaan kantin, masa tu terasa antara teruja dan letih.
Teruja sebab terus wakil Sepang bersama 3 sekolah lain namun SKTS dan KLIA di level sekolah bandar. Aduh, ada peluang dapat tempat pertama ke macam ni? X pe, aku yakin ada peluang tu. Juz touch-up lagi kantin tu sikit2 coz kantin tu da sedia okay.
Tadi bersama Kak Suzita selaku s/u, kami spend time di kantin beberapa jam sampai tengahhari.Tu pun selepas buat janji sama Abg Hassan, penguasaha kantin. Dia kol aku sejak khamis, punya semangat la dia sampai tadi aku sampai macam2 da berubah. Sebenarnya bukan hari ni je, sejak lepas habis cuti raya kantin yang aku lihat huduh n berserabut x terurus masa puasa tetibe jadi lain, berubah habis. Aku plan nak tukar lapik meja, last2 orang kantin dah tukar kan. Letih je aku beli segulung plastik tu, tapi xpe. Dan yang membuat aku terkesima seluruh dalam kantin da di touch-up habis-habisan, sampai da xde bende lagi rasanya nak dibuat. Meeting sebelum cuti hari tu rasanya bagai dah memudahkan kerja kami. Sungguh. Dalam pada kami sungguh teruja, orang kantin lagi teruja. Bangga sungguh aku dapat bantuan penguasaha kantin macam tu. Aku tak suruh, langsung tak suruh. Malah aku da plan baik sama kawan2 sekantin walaupun aku lihat kawan2 bagai rasa terpaksa nak buat. Alah, daripada diorang buat hal tandas, baik buat kantin kan.
So untuk saat2 akhir ni sebab dah bulan 9 ada la sikit2 nk di prepare. Kalu ikut percentage rasanya da 120% da persediaannya. Ada la beberapa part aku nak buat besama kawan2. Abg Hassan td masa cakap pasal nk cat macam bg hint minta aku tolong, aku je buat2 x paham..hehe..jahatnya aku. Tapi betul, beliau sgt2 berbakat n kreatif. Harap itu bukanlah situasi yang menunjukkan aku ni macam ambil kesempatan ke atas dirinya, betul2 tak. Aku juz harap kerjasama dan bantuan, x lebeh dari itu. Jika lebeh macam tu aku amat2 menghargai.
So aku harap juga pemantau tu x dtg isnin esok ni, Kang x pasal2 x sempat nk buat apa2. Sekarang ni bende yg dirisaukan adalah sikap warga skts includ warga kafa petang yg gunakan kantin. Kak Sham n Abg Hassan da berbuih nk tegur n nasihat budak2 skola petang n guru2 termasuk buat aduan ke gb mereka, tp x jalan jugak. Bukan apa, penat2 wat sume ni tp mudah2 je rosak oleh tangan2 x bertanggungjawab. So sekarang aku nk buat surat kepada gb mereka dgn melalui gb. Aku rasa ni jalan terbaik dan berharap mereka memahami. Mungkin dengan pengusaha kantin mereka boleh buat x endah, dengan pengurusan sekolah insyaAllah mereka amik kisah.
Kantin ni kalau menang dengan mendapat top 10 jika ada la sampai top 10, aku akan promote pengusaha yg ini bg mendapatkan tander buat mereka bg sesi akan datang. Mana nak jumpa pengusaha yang komited macam ni, mak aku kata pun x pernah selama dekat 30 tahun mengajar jumpa kantin yg sebegini ceria dan kerjasama erat antara sekola n pengusaha kantin. Harap berterusan pada masa depan. Dan aku, nak cube melobi, kalu kantin menang aku akan pindah ke SPBT, kalau kantin x menang tahun ni dapat no 1 atau 2 atau 3, aku nk terus dengan kantin ni tahun depan coz KPI x tercapai lagi..hihi...
Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Moga2 cerah la peluang untuk menang nombor 1 kategori kantin sekolah bandar. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan